Thursday 31 December 2015

5 Perkara Pokok Yang Boleh Rakyat Malaysia Pelajari Sepanjang Cerita Ip Man 3.

Siapa yang dah tengok IP MAN 3. Puas hati, tak?

Bagi penulis, IP MAN 3 hanya sekadar hiburan. Ianya hanyalah kisah pengakhiran dan kisah pelengkap di mana episod yang hanya menyajikan ke mana arah tuju hidup sifu Ip Man ini.

Ianya berbeza. Episod perjuangan wing chun atau kenegeraan kurang dikupas dan diketengahkan sangat. Ianya lebih kepada kekeluargaan Ip Man dan cabaran terbaru dalam hidupnya. Cuba untuk mencari kestabilan keluarga di samping Wing Chun hanyalah alatan dunia yang tidak boleh di bandingkan dengan komitmen serta kekuatan institusi kekeluargaan.

Sisi pengorbanan Ip Man untuk isteri yang hanya 6 bulan sahaja untuk hidup kerana kanser, dan bagaimana sisa-sisa kasih sayang Ip Man buat anaknya. Pergaduhan serta sinematografi yang lebih kurang sama dan babak pergaduhan yang boleh dijangka. Kemunculan watak Wing Chun  yang lain dan menjadi pesaing Ip Man sekadar untuk melengkapkan lagi jalan cerita dan gimik yang tak puas ditunjukkan dalam babak menentang 'mike tyson'. Cukup 3 minit. Seri adalah jalan untuk tidak menghancurkan nama Mike Tyson serbagai peninju terkenal.

'Takkan nak kalah dengan Wing Chun kot?'

Ada 5 benda yang boleh dikutip sepanjang cerita Ip Man kali ini.

1. Pentingnya ILMU. Ip Man dan anak murid sanggup berjaga di sekolah untuk menghindarkan dari diganggu oleh samseng taik kucing. Orang-orang tua di sana sanggup berdepan dengan risiko dengan menghantar anak ke sekolah demi Ilmu. Ip Man sanggup belajar tarian dengan Bruce Lee sebelum menukar ilmu Win Chun kepada beliau (walau pun tidak ditunjukkan, namun sejarah tetap begitu)

2. Wing Chun sekadar alat pertahankan diri. Keluarga lebih utama. Ip Man bertarung juga dengan pesaingnya setelah menolak untuk hadir ke dewan pertarungan demi isteri yang tercinta. Isterinya yang mengaturkan pertarungan kali kedua dan menyaksikan keunggulan Wing Chun Ip Man sekaligus Ip Man sempat menyatakan tidak 'ada yang lebih penting dari bersama yang tersayang'.

3. Tidak berputus asa. Bruce Lee tidak berputus asa untuk berguru dengan Ip Man walaupun pernah ditolak sejak awal muda. Ip Man tidak pernah berputus asa untuk berkongsikan ilmu kepada anak muridnya. Pesaing Wing Chun (tak ingat nama) tidak berputus asa menyara keluarga (dengan seorang anak muridnya yang dia jaga) walaupun hanya membawa beca. Pengetua sekolah sanggup membuka sekolah walaupu diugut dan pelbagai ancaman yang diterima.

4.  Membantu semampunya dan seikhlas yang mungkin. Ip Man dan anak muridnya sanggup berjaga siang dan malam untuk kesejahteraan pekan yang bukan miliknya dan bukan tugas hakikinya. Beliau menggantikan 'polis' yang sedia ada demi sebuah keamanan.

5. Berfikiran positif, tidak melatah dan tenang dalam membuat keputusan. Watak Ip Man yang tak lekang dari ukiran senyuman, sentiasa berlapang dada dengan karenah isteri dan anak, tidak sanggup untuk mencederakan sesiapa dan mampu menghadapi situasi (i) anak yang diculik (ii) isteri yang di ambang maut.

Ini yang aku dapat. Kawan-kawan dah menonton Ip Man 3?

Saturday 26 December 2015

Urutan Tabung Susu. Cara Untuk Banyakkan Susu Wanita.

~ TABUNG SUSU ~

Tabung susu adalah istilah mak cik ngurut 2 bagitau masa mengurut hari 2. Tabung susu terletak di urat belikat belakang badan kita.

Di bahagian urat belikat itulah yg diurut untuk merangsang pengeluaran susu. Tapi kita tak bolehlah urut sendiri,  kena lah mintak tolong suami ke, mak, adik perempuan, kakak.

Cara urutan,  dari atas bahu tekan turun ke bawah, bawah 2 agak2 sampai ke ketiak je dalam beberapa kali. Lepas 2, dari atas tekan turun ke tepi ketiak dalam beberapa kali jugak. Selamat mencuba bagi ibu2 yg nak bf ataupun yg sedang bf. In Shaa Allah sangat membantu.

Untuk ibu2 yg ingin kekal cergas bertenaga,  jangan lupa ambil vitamin untuk kekalkan stamina.

Nota Kaki
= Makcik urut 2 cerita dia pernah urut tabung susu kat anak dara sebabnya anak dara 2 nak ambil anak angkat. Nak menghalalkan dari segi hukum. Wah, ajaibnya badan wanita ne.

Perkongsian daripada Nasuha Iqbal.

Thursday 24 December 2015

Pendapat Peribadi Filem The Hunger Games. Jangah Marahkan Kami

I THE HUNGER GAMES I

Ini adalah pendapat peribadi seorang aktivis mahasiswa yang aktif dalam gerakerja kemasyarakan. Beliau boleh dihubungi melalui laman sosialnya disini. Mari kita ikuti komen beliau.

Baiklah, ini adalah komen peribadi mengenai sekuel terakhir filem The Hunger Games : Mockingjay episode 2 selepas menontonnya beberapa minggu lalu.

Selepas mengikuti 3 siri pertama sekuel ini, saya berikan 3 bintang kepada filem ini.

Sekuel terakhir The Hunger Games ini bagi saya agak membosankan serta tiada kejutan yang besar, kecuali apabila Katniss memutuskan untuk membunuh ketua pemberontak, Alma Coin berbanding Presiden Snow. Namun babak ini sudah mampu dibaca apabila Katniss merasa "keliru" selepas berbual dengan Presiden Snow di bilik tahanannya.

Namun begitu, filem ini mempunyai beberapa elemen yang menyentuh mengenai strategi politik, yang juga merupakan satu kesinambungan yang kita dapat lihat dari siri Mockingjay 1.

Filem terakhir ini lebih banyak menyentuh mengenai konflik politik dan perebutan kuasa serta sarat dengan mesej yang mampu (sepatutnyalah) membuatkan penonton berfikir dengan lebih kritikal terhadap realiti politik dan perbalahan kuasa pada hari ini.

Akhirnya bagi saya, siri pertama The Hunger Games ini lebih menarik untuk ditonton jika saya seorang yang sukakan aksi survival dan pertarungan senjata. Namun sekiranya saya seorang yang berotak politik, maka saya akan menonton kedua-dua siri Mockingjay untuk mengambil manfaat strategi dan kemahiran menyusun plot saya.

Wednesday 23 December 2015

Nasihat Terbuka CEO Bella Ammara Untuk Belia Bergaji RM3000 Ke Bawah Di Malaysia.

Kisah ini beliau kongsikan di ruangan facebook dan kami terbitkan semula untuk rujukan anda.

Penulisan saya ini khas untuk anda yang masih muda, makan gaji dan insyaAllah ingin menjadi usahawan muda dan membuat RM1juta pertama sebelum umur 30 tahun.

Siapakah saya?

Saya, Muhammad Khalif bin Samsudin/ Carl Samsudin - CEO Bella Ammara Holdings dan beberapa buah syarikat-syarikat lain. Alhamdulillah jumaat ini 25hb Dec 2015 merupakan pembukaan rasmi butik Bella Ammara ke-6 di ‘hometown’ saya, Kuantan Pahang. Alhamdulillah kuasa Allah itu sungguh besar jika sentiasa meletakkan Allah no1.

Sambil memandang susuk tubuh bangunan Gio Mall (dahulunya Kamdar) di Kuantan ini, terkenang kisah 3 tahun lepas. Gaji RM2200 kerja di bank jual emas dengan target jualan 3 kilo sebulan. Bekerja hari Isnin sampai Jumaat, 8 pagi - 6 petang redah kesesakkan jalan raya macam anda semua. Elakkan komplen, fokus untuk merubah diri.

Dari 9 pasang telekung sebulan pada bulan Julai 2012 sehingga ke sekitar 10,000 pasang koleksi jubah dan telekung sebulan hari ini dan berkongsi rezeki bersama 50 orang staff yang lain.

Selama 3 tahun saya keluar dari dunia selesa kerusi pejabat. Ini saya, cara saya dan nasihat saya agar penulisan ini dapat memberi suatu manfaat kepada anda semua.

"Biarlah kita pakai Perodua Kenari sekarang janji dapat pakai Ferrari akan datang, dari pakai Honda Civic sekarang dan selamanya”.

PETUA SAYA UNTUK BELIA BERGAJI RM3000 KE BAWAH DI MALAYSIA

Katakan anda berpendapatan makan gaji anda sebanyak RM3000 sebulan sekarang. Bahagikan pendapatan anda kepada 8 bahagian (harus dicatatkan dan dijadualkan).

BELANJA UNTUK MAKANAN/ SARA HIDUP - RM600
BELANJA UNTUK TEMPAT TINGGAL - RM300
BELANJA UNTUK IBU/BAPA/KELUARGA - RM250
BELANJA UNTUK NETWORKING - RM400
BELANJA UNTUK MENUNTUT ILMU - RM300
BELANJA UNTUK MELANCONG KE LUAR NEGARA - RM200
BELANJA UNTUK PENGANGKUTAN - RM700
BELANJE UNTUK SIMPANAN/INVESTMENT - RM250

BELANJA UNTUK SARA HIDUP/ SARA HIDUP
Anda harus makan untuk teruskan hidup. Pastikan anda bersederhana dalam belanja untuk makanan (sara hidup). Jumlah sebanyak maksima RM600 mungkin sudah cukup jika anda pandai berjimat. Peruntukkan sekitar RM20 sehari untuk perbelanjaan hidup walau apapun yang berlaku. Kalau boleh masak sendiri lagi banyak berjimat dan lebih bagus. Masa saya bekerja dahulu, breakfast saya makan roti di rumah, tenghari saya makan kuih-kuih RM3 + RM1.5 air di warung berhampiran masjid, dan malam saya masak nasi sendiri dan lauk ringkas seperti sambal sardin dan ulam. Makan untuk hidup, belum masanya lagi kita nak enjoy makan. Teringat saya bagaimana Rasullullah s.a.w memilih tempat makan, kerusi dipastikan tidak bersandar, untuk mengelakkan makan sehingga kenyang terdampar. Makan yang berlebihan bukan sahaja tidak bagus untuk kesihatan, malah mengurangkan produktiviti.

BELANJA UNTUK TEMPAT TINGGAL
Tempat tinggal merupakan keperluan asas manusia termasuk makanan. Carilah tempat tinggal yang agak rendah bayaran sewanya. Jangan beli rumah lagi seawal usia muda, carilah rumah atau bilik sewa dalam lingkungan harga RM300. Semasa umur muda ini, rumah hanyalah tempat tidur dan rehat sahaja. Banyakkan masa di luar untuk mencari ilmu. Biarlah kita menyewa bilik sekarang janji dapat bina istana akan datang, dari beli rumah teres sekarang dan kena bayar selama 30 tahun (itupun kalau masih mampu bayar). Kalau boleh elakkan membeli rumah di awal usia muda ini. Jangan terpengaruh dengan orang sekeliling. Yang mempengaruhi anda itu adakah mereka sudah kaya dan berjaya? Adakah rumah-rumah itu habis dibayar atau rumah itu masih milik bank? Bagi saya, pemilikan rumah di usia muda hanya ilusi, ilusi yang menunjukkan kita sudah berjaya, tetapi hakikatnya tidak. Tanya diri anda sendiri. Banyakkan berfikir.

BELANJA UNTUK IBU/BAPA/KELUARGA
Peruntukan sebanyak RM250 adalah kepada keluarga. Allah menjanjikan rezeki yang amat murah jika kita kerap bersedekah dan lebih afdal lagi kepada kaum keluarga. Tidak akan miskin hamba Allah itu sekiranya ianya kerap bersedekah. Lagi banyak duitnya di sedekahkan terutama kepada ahli keluarga, lebih banyak pintu-pintu rezekinya akan dibuka. 
Letakkan target, bulan ini mungkin RM250, bulan depan mungkin RM300 bulan seterusnya mungkin RM350. Jangan sesekali mengabaikan ibu & bapa, kerana tanpa restu mereka anda pasti tidak akan berjaya.

BELANJA UNTUK NETWORKING
Belanja untuk bina rangkaian kawan (networking). Tiada manusia yang berjaya di dunia ini tidak membuat networking. Elakkan gejala-gejala melepak yang tidak berfaeda. Peruntukkan sebanyak RM100 saja sebulan untuk bil telefon anda yang mempunyai access kepada internet. Peruntukkan sebanyak RM300 lagi untuk belanja kawan makan. Anda boleh peruntukkan dalam 3 orang sebulan dengan kos RM100 seorang. Jadi jumlahnya adalah dalam lingkungan RM400 untuk aktiviti bina rangkaian kawan ini. Ini salah satu ‘investment’ yang amat bernilai. Pastikan kawan yang anda belanja itu adalah mereka yang:
1. Lebih berilmu daripada anda. Jangan laburkan peruntukkan tersebut kepada orang yang tidak bernilai/berfikiran negatif dan tidak punya ilmu yang lebih baik dari anda sendiri
2. Lebih kaya & berjaya dari daripada anda. Belanja mereka walaupun mereka lebih kaya kerana apa yang mereka tahu perlu menjadi rahsia yang perlu anda cari. Dan manusia yang kaya adalah manusia yang selalu belanja orang makan. Labur dahulu, lihat hasilnya di kemudian hari
3. Orang yang membantu anda dalam kerjaya atau perniagaan. Tak ada usahawan yang boleh naik tanpa bantuan dari mereka yang prihatin dan besar jiwanya membantu orang lain. Jadi hargai mereka dan jangan kedekut untuk belanja mereka. Ia bakal menjadi satu tarikan kuat untuk lebih ramai lagi orang lain datang memberikan bantuan selepas ini.

BELANJA UNTUK MENUNTUT ILMU
Belanja untuk aktiviti menuntut ilmu. Jangan ambil mudah dengan aktiviti menuntut ilmu untuk berjaya. Tak ada orang yang boleh pergi jauh jika malas mencari ilmu. Untuk itu anda perlu pastikan sejumlah RM300 diperuntukkan untuk:
1.Beli buku pengetahuan di kedai buku atau secara talian (e-book). Belilah buku yang anda boleh kutip ilmu dan aplikasikannya dalam kehidupan. Baca betul-betul dan jangan sia-siakan wang yang dibelanjakan untuk beli buku tersebut. Mungkin anda perlu asingkan dalam RM100 sebulan untuk beli buku
2.Ikuti seminar atau kursus keilmuan yang anda rasa penting dan dapat membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri anda. Belanjakan dalam lingkungan RM200 sebulan untuk kursus atau seminar yang baik untuk anda. Anda akan dapat ilmu dan penting lagi anda akan berkenalan dengan mereka yang turut sama mahu berjaya dalam hidup seperti anda.

BELANJA UNTUK MELANCONG KE LUAR NEGARA
Peruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk aktiviti berjalan ke luar negara. Anda boleh tetapkan satu aktiviti berjalan ke luar negara sekali setahun. Jika anda sediakan RM200 sebulan, setahun anda akan ada sebanyak RM2,400. Jumlah itu memadai untuk anda melancong ke negara jiran yang kosnya murah (Ini saya pernah lakukan untuk ke Bali pada tahun 2012). Berjimat ketika melancong. Bukan kemewahan yang yang dicari, tapi apa yang boleh anda pelajari daripada pengembaraan itulah yang paling penting. Jauh perjalanan, luas pemandangan! Jikalau anda perhatikan saya, saya pasti akan keluar negara untuk melihat peluang-peluang yang ada di sana. Dari situlah terbinanya saya hari ini.

BELANJA UNTUK PENGANGKUTAN
Tujuan utama kereta adalah untuk pengangkutan untuk anda bergerak dari point A ke point B. Sekiranya terdapat pengangkutan awam yang mudah di kawasan anda, gunakanlah sepenuhnya. Kalau boleh di waktu belia ini, carilah kereta 2nd hand seperti Perodua Kenari yang bayaran bulan-bulan hanya RM300 sahaja. Cukuplah RM700 sebulan. Biarlah kita pakai Perodua Kenari sekarang janji dapat pakai Ferrari akan datang, dari pakai Honda Civic sekarang dan selamanya. Dan secara jujurnya, saya masih menggunakan Perodua Kenari saya sehingga ke hari ini, cukuplah dari rumah sampai ke tempat-tempat kerja. Sekiranya anda bujang, dan tidak perlu travel jauh, mungkin motor sudah cukup. Sangat jimat! Ingat balik tujuan pengangkutan hanyalah untuk bergerak ke point A ke point B.

BELANJA UNTUK SIMPANAN/INVESTMENT
Baki selanjutnya sebanyak RM250 hendaklah disimpan dalam akaun simpanan atau dilaburkan untuk modal memulakan perniagaan anda. Banyak perniagaan yang boleh dimulakan dengan RM250 sahaja. Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan terlebih dahulu. Dropship & agent kepada produk orang lain mungkin satu pilihan yang baik. Bila mula kecil, gagal bermakna anda hanya hilang wang yang sedikit. Jika berjaya, ia jadi suntikan semangat untuk anda berjaya lebih tinggi sedikit lagi. Cuba buat kerja tambahan untuk tambah pengalaman. Libatkan diri dengan aktiviti menjual kerana menjual adalah perkara penting untuk setiap usahawan yang mahu berjaya. Berniaga tidak perlukan modal yang banyak, jujurnya Bella Ammara bermula dengan wang tunai RM1000 cash sahaja.

Saya nasihatkan pada semua belia untuk berjimat cermat sejak dari awal. Jangan habiskan duit dengan membeli pakaian, kereta, rumah dan kasut mewah. Simpan dan laburkanlah terlebih dulu wang anda. Bila dah kaya nanti, belilah apa saja yang anda mahu, tapi bukan ketika anda masih muda dan miskin. Jika anda tidak berduit, banyakkan masa diluar. Keluar dan cari kawan dan buat apa saja aktiviti yang boleh mendatangkan ilmu dan duit tambahan. Jika dah kaya nanti baru banyakkan duduk dalam rumah dan kurangkan keluar. Retire young, retire rich.

Sebenarnya terlalu banyak untuk saya kongsikanya di sini.
Ilmu tidak boleh dilandaskan dengan wang ringgit dan tidak ternilai harga nya.

Dan, khas untuk program The Founder 2.0 pada 10th Januari 2016 ini, saya akan buka sesi soal jawab secara percuma yang mana insyaAllah akan mampu dapat membawa anda ke tahap yang lebih tinggi dalam hidup anda. Bukan itu sahaja, malahan Saiful Nang, rakan seperjuangan saya dalam dunia perniagaan juga akan berkongsi pendapat dalam menjawab pertanyaan anda semua di sana nanti. Sangat rugi jika anda lepaskan peluang untuk hadiri seminar The Founder 2.0 ini nanti. Register now #TheFounderTalk2 —> www.bellaammara.com

Sumber rujukan;
Few Billionaires & Li Ka-Shing

Jika anda rasa penulisan saya ini memberi kesedaran dan manfaat kepada anda, haruslah di “kongsikan” bersama orang lain agar ianya tersebar luas dan dapat manfaat bersama.

11 Tips Menabung Untuk Sweet Couple Di Malaysia.

Tips ini dikongsikan oleh seorang saudagar jalanan, Ikram Al-Banjari untuk panduan pasangan di seluruh Malaysia. Ikuti kisah beliau dibawah.

Pagi tadi saya bawa isteri ke Pavillion. Saya singgah lama di kedai buku, kemudian kami singgah pula di kedai sepatu.

Edisi membeli belah kami hari ini hasil pecah tabung. Ada dua tabung yang dipecahkan, Tabung Kasut & Tabung Pandora.

Meh sini, saya kongsi tips menabung buat anda.

1. Usahakan sesuatu untuk menabung sekurang-kurang RM5 sehari untuk setiap tabung.

2. Isteri saya akan menabung menggunakan hasil jualan di warung Tudia Char Kuey Teow dan jualan pati kicap.

3. Saya akan menabung menggunakan hasil jualan daripada bisnes-bisnes yang lain.

4. Buat banyak tabung ikut minat nak tujuan simpanan masing-masing. Boleh guna Tin Biskut Danone atau bekas Kuih raya kelmarin tu.

5. Mesti berdisiplin menyimpan dalam tabung. Jangan mengelat walau satu hari sekalipun. Mesti kena masuk tabung!

6. Tabung Pandora RM5 x 25 hari berniaga sebulan, sudah RM125. Dah boleh beli seketul atau dua ketul Charm.

7. Tabung Kasut sehari RM5 x 25 hari sebulan, sudah RM125. Dah boleh beli kasut baru yang isteri suka dan mengidam lama.

8. Bila sudah dapat capai impian mana-mana tabung, gantikan dengan tabung baru. Contoh, buat Tabung Handbag pula.

9. Simpan setiap hari mengikut bajet dan rancangan masing-masing.

10. Suami kena pandai lah ambil hati isteri, masukkan beberapa keping ekstra tanpa pengetahuan si dia. Kira Surprise lah tu !

11. Suami mesti bawa isteri pergi shopping. Jangan biarkan dia pergi sendiri. Jangan bawa anak-anak atau orang lain, sweet gitu. Masa berdua.

-------------------

Tak ada pendapatan harian ?
Tak boleh nak menabung ?

Itu semua alasan yang dicipta. Kalau mahu buat, mesti kena azam dan usahakan sesuatu. Mulakan menjual apa-apa yang mudah dan senang. Contohnya bawa nasi lemak ke pejabat, jual tudung bawal waktu rehat dan sebagainya.

Apa ? Malu ? Opsss..kalau malu dan malas menjadi penyebab kita tidak berusaha. Siapa pun tak boleh nak menolong. Ya ampun!

Jika perkongsian ini bermanfaat, tekan butang Share.

Bahagia ada di mana-mana.
Kitalah yang perlu mengusahakannya.

Tuesday 22 December 2015

Warung Maggi Udang Kuoh Pekat Terbaik di Kuala Terengganu.

Ramai yang tidak tahu kewujudan kedai ini walaupun terletak bersebelahan jalan utama. Apa yang pasti, memang sangat berbaloi untuk anda singgah disini.

Menu utama : Maggi udang galoh bappok....kuoh pekat, selok udang baru jupe maggi..Memang rugi tak layan..




Lokasi :  Kedai sebelah petronas gong kiat pengadang baru kuala terengganu



jom singgah lagi petang ni..

#ganu


5 Langkah Awal Yang Patut Anda Tahu Sebelum Membeli Rumah.

Panduan ini dikongsikan oleh saudara Izzat Ismail di ruangan facebook. Beliau kongsikan panduan ini supaya para pembaca dapat meminimakan risiko kehangusan wang, menjimatkan masa dan juga tenaga.





Semoga panduan ini dapat memberikan sedikit penjelasan kepada anda yang sedang berkira-kira membeli rumah.






LPT 3. Berita baik untuk seluruh rakyat Kelantan dan Terengganu.




Projek sambungan kepada Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) E8 itu bakal dimulakan dari penamat LPT2 E8 di Exit 865 Persimpangan Kuala Terengganu dan berakhir di Tumpat. Jarak yang dianggarkan adalah sepanjang 124 km. Setelah ia siap kelak, Lebuhraya Pantai Timur E8 akan menjadi satu laluan lebuh raya ekspres terpanjang di Malaysia, dengan panjang keseluruhan dianggarkan lebih kurang 570 km (setelah ditolak jarak dari Plaza Tol Gombak ke pusat bandar raya Kuala Lumpur sejauh 19 km, yang tidak lagi melalui E8). Ia sekaligus akan mengalahkan pemegang rekod terdahulu iaitu Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara E1 sepanjang 460 km. Kos keseluruhan bagi pembinaan LPT3 E8 ini dianggarkan sejumlah RM2.4 bilion, yang mana kerajaan negeri Terengganu akan mendahulukan wang mereka sebanyak RM1.8 bilion sebelum menuntutnya semula daripada kerajaan persekutuan untuk membolehkan jajaran di Terengganu dimulakan segera.

Senarai persimpangan bertingkat di sepanjang LPT3 E8 adalah seperti berikut:-

  1. Persimpangan Permaisuri - ke Bandar Permaisuri, Penarik dan jeti ke Pulau Redang melalui Jalan Negeri Terengganu T1
  2. Persimpangan Jertih - ke Jertih, Kampung Raja dan Besut melalui Jalan Persekutuan 84
  3. Persimpangan Machang (aka Persimpangan Pasir Puteh) - ke Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah dan Jeli melalui Jalan Persekutuan 3 dan 4
  4. Persimpangan Ketereh - ke Ketereh, Kok Lanas, Pulai Chondong dan Melor melalui Jalan Negeri Kelantan D14 ataupun Jalan Persekutuan 8
  5. Persimpangan Kota Bharu - ke Pasir Mas, Kota Bharu dan Wakaf Bharu melalui Jalan Persekutuan 3
  6. Persimpangan Tumpat (aka Persimpangan Pengkalan Kubor) - ke Tumpat dan Pengkalan Kubor melalui Jalan Persekutuan 134

Setelah melepasi Persimpangan Tumpat, LPT3 akan melalui plaza tol terakhir di Pengkalan Kubor dan kompleks imigresen dan kuarantin baharu di sana sebelum melintasi Sungai Golok untuk ke Tak Bai, Thailand melalui Jalan Kebangsaan Thailand 4084. Jenis lintasan pula masih belum dimuktamadkan sama ada melalui jambatan ataupun terowong, berikutan terdapat khabar angin yang mengatakan Thailand akan membina terowong melintasi Sungai Golok untuk ke Pengkalan Kubor. Walau apa pun jenis lintasan yang dipilih, ia mungkin akan menyebabkan tamatnya perkhidmatan feri sungai di Pengkalan Kubor yang dikendalikan oleh JKR Kelantan.