Tuesday 13 June 2017

Aidil Fitri: PLUS Tutup 134 Lorong Tambah Nilai Mulai 22 Jun

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup kesemua 134 lorong tambah nilai di plaza tol lebuh raya berkenaan mulai 22 Jun hingga 2 Julai ini bagi melancarkan pergerakan trafik pada cuti Hari Raya Aidilfitri.

Menurut PLUS dalam kenyataan hari ini, penutupan selama 11 hari itu bertujuan mengurangkan kesesakan yang berpunca daripada pengguna lebuh raya yang beratur di lorong tambah nilai.

PLUS menjangkakan aliran trafik bagi penggunaan Lebuhraya Utara-Selatan sempena cuti Hari Raya Aidilfitri akan datang meningkat kepada 21 peratus berbanding hari biasa.

Sehubungan itu, PLUS mengingatkan orang ramai agar memastikan kad PLUSMiles atau Touch 'n Go mereka mempunyai baki yang mencukupi.

Orang ramai boleh menambah nilai kad masing-masing di 9,200 lokasi tambah nilai lain di seluruh negara termasuk di mesin pengeluaran wang automatik (ATM), kedai serbaneka 24 jam dan stesen minyak, termasuk yang beroperasi di kawasan rehat dan rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya.

Selain itu, pusat khidmat pelanggan PLUS akan dibuka setiap hari mulai 7 pagi hingga 10 malam termasuk Sabtu, Ahad dan hari cuti umum bagi membolehkan orang ramai membuat urusan tambah nilai di plaza tol terpilih.
© BERNAMA

Sunday 4 June 2017

Tips Mengenalpasti Syaitan-syaitan Supaya Anda Tidak Terjebak Ke Lembah Kerugian Dan Penyesalan

Berikut adalah perkongsian dari pemilik fb Festive Bundle Asia  ( peminat barangan bundle di bulan Ramadhan).

Assalamualaikum dan selamat berpuasa kawan dan sahabat.

Bila bulan puasa, syaitan akan diikat. Tapi jangan lupa, syaitan bertopengkan manusia tidak diikat dan lebih bermaharajalela.

Mana tak bermaharajela, masa ni la orang berpusu pusu nak cari barang untuk buat raya. Nak pergi shopping malas, puasa. Jem lagi. Haus lagi. Jadi internet la tempat paling mudah untuk menyelesaikan masalah ini.

Tapi perlu diingat, di internet ini la syaitan syaitan ini berkumpul dan membuat kerja. Jadi atas sebab itu, saya sertakan beberapa tips yang saya kumpul dari rakan rakan untuk mengenalpasti syaitan syaitan ini supaya anda tidak terjebak ke lembah kerugian dan penyesalan.

Klik sini untuk bacaan penuh.

Jawapan Sayu Seorang Anak Apabila Sering Di Tanya Kenapa Selalu Balik Kampung

Adik-adik yang belum bernikah, bangun pagi ini, ambil sehelai dua baju, seluar dan perkakas diri, terus letak dalam beg.

Kau pergi mandi, bersiap. Pakai baju yang kau paling suka sekali.

Kemudian kau hidupkan kereta nasional kesayangan kau. Isi minyak dan mulakan perjalanan. Jika belum ada kenderaan, kau tekan butang Uber. Hantarkan kau ke mana-mana stesen bas.

Petang ini kau sampai. Kau pun beri salam. Emak kau sambut kau dengan senyuman paling manis di dunia dan kau pun berbaring penat.

Dan kau ketahuilah satu perkara. Dapur emak kau akan bercahaya dengan satu sinar. Yang tak pernah boleh dibuat-buat oleh sesiapa selain dari emak kau sendiri.

Cahaya itu akan terangkan suasana seketika. Semasa berbuka sampailah sahur esok pagi. Emak kau tak pandai nak bilang apa-apa, hanya lihat kau menjamah sesuap demi sesuap. Suaminya melihat setiap cahaya itu berlalu. Lalu dia tahu itu akan kembali sepi.

Sebelum kau berpunya. Sebelum kau tinggalkan rumah dan bercinta.

Pulanglah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Teringin mengulang.