Sunday 4 June 2017

Jawapan Sayu Seorang Anak Apabila Sering Di Tanya Kenapa Selalu Balik Kampung

Adik-adik yang belum bernikah, bangun pagi ini, ambil sehelai dua baju, seluar dan perkakas diri, terus letak dalam beg.

Kau pergi mandi, bersiap. Pakai baju yang kau paling suka sekali.

Kemudian kau hidupkan kereta nasional kesayangan kau. Isi minyak dan mulakan perjalanan. Jika belum ada kenderaan, kau tekan butang Uber. Hantarkan kau ke mana-mana stesen bas.

Petang ini kau sampai. Kau pun beri salam. Emak kau sambut kau dengan senyuman paling manis di dunia dan kau pun berbaring penat.

Dan kau ketahuilah satu perkara. Dapur emak kau akan bercahaya dengan satu sinar. Yang tak pernah boleh dibuat-buat oleh sesiapa selain dari emak kau sendiri.

Cahaya itu akan terangkan suasana seketika. Semasa berbuka sampailah sahur esok pagi. Emak kau tak pandai nak bilang apa-apa, hanya lihat kau menjamah sesuap demi sesuap. Suaminya melihat setiap cahaya itu berlalu. Lalu dia tahu itu akan kembali sepi.

Sebelum kau berpunya. Sebelum kau tinggalkan rumah dan bercinta.

Pulanglah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Teringin mengulang.

No comments:

Post a Comment