Tuesday 13 June 2017

Aidil Fitri: PLUS Tutup 134 Lorong Tambah Nilai Mulai 22 Jun

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup kesemua 134 lorong tambah nilai di plaza tol lebuh raya berkenaan mulai 22 Jun hingga 2 Julai ini bagi melancarkan pergerakan trafik pada cuti Hari Raya Aidilfitri.

Menurut PLUS dalam kenyataan hari ini, penutupan selama 11 hari itu bertujuan mengurangkan kesesakan yang berpunca daripada pengguna lebuh raya yang beratur di lorong tambah nilai.

PLUS menjangkakan aliran trafik bagi penggunaan Lebuhraya Utara-Selatan sempena cuti Hari Raya Aidilfitri akan datang meningkat kepada 21 peratus berbanding hari biasa.

Sehubungan itu, PLUS mengingatkan orang ramai agar memastikan kad PLUSMiles atau Touch 'n Go mereka mempunyai baki yang mencukupi.

Orang ramai boleh menambah nilai kad masing-masing di 9,200 lokasi tambah nilai lain di seluruh negara termasuk di mesin pengeluaran wang automatik (ATM), kedai serbaneka 24 jam dan stesen minyak, termasuk yang beroperasi di kawasan rehat dan rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya.

Selain itu, pusat khidmat pelanggan PLUS akan dibuka setiap hari mulai 7 pagi hingga 10 malam termasuk Sabtu, Ahad dan hari cuti umum bagi membolehkan orang ramai membuat urusan tambah nilai di plaza tol terpilih.
© BERNAMA

Sunday 4 June 2017

Tips Mengenalpasti Syaitan-syaitan Supaya Anda Tidak Terjebak Ke Lembah Kerugian Dan Penyesalan

Berikut adalah perkongsian dari pemilik fb Festive Bundle Asia  ( peminat barangan bundle di bulan Ramadhan).

Assalamualaikum dan selamat berpuasa kawan dan sahabat.

Bila bulan puasa, syaitan akan diikat. Tapi jangan lupa, syaitan bertopengkan manusia tidak diikat dan lebih bermaharajalela.

Mana tak bermaharajela, masa ni la orang berpusu pusu nak cari barang untuk buat raya. Nak pergi shopping malas, puasa. Jem lagi. Haus lagi. Jadi internet la tempat paling mudah untuk menyelesaikan masalah ini.

Tapi perlu diingat, di internet ini la syaitan syaitan ini berkumpul dan membuat kerja. Jadi atas sebab itu, saya sertakan beberapa tips yang saya kumpul dari rakan rakan untuk mengenalpasti syaitan syaitan ini supaya anda tidak terjebak ke lembah kerugian dan penyesalan.

Klik sini untuk bacaan penuh.

Jawapan Sayu Seorang Anak Apabila Sering Di Tanya Kenapa Selalu Balik Kampung

Adik-adik yang belum bernikah, bangun pagi ini, ambil sehelai dua baju, seluar dan perkakas diri, terus letak dalam beg.

Kau pergi mandi, bersiap. Pakai baju yang kau paling suka sekali.

Kemudian kau hidupkan kereta nasional kesayangan kau. Isi minyak dan mulakan perjalanan. Jika belum ada kenderaan, kau tekan butang Uber. Hantarkan kau ke mana-mana stesen bas.

Petang ini kau sampai. Kau pun beri salam. Emak kau sambut kau dengan senyuman paling manis di dunia dan kau pun berbaring penat.

Dan kau ketahuilah satu perkara. Dapur emak kau akan bercahaya dengan satu sinar. Yang tak pernah boleh dibuat-buat oleh sesiapa selain dari emak kau sendiri.

Cahaya itu akan terangkan suasana seketika. Semasa berbuka sampailah sahur esok pagi. Emak kau tak pandai nak bilang apa-apa, hanya lihat kau menjamah sesuap demi sesuap. Suaminya melihat setiap cahaya itu berlalu. Lalu dia tahu itu akan kembali sepi.

Sebelum kau berpunya. Sebelum kau tinggalkan rumah dan bercinta.

Pulanglah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Teringin mengulang.

Tips Mengenalpasti Syaitan-syaitan Supaya Anda Tidak Terjebak Ke Lembah Kerugian Dan Penyesalan

Berikut adalah perkongsian dari pemilik fb Festive Bundle Asia  ( peminat barangan bundle di bulan Ramadhan).

Assalamualaikum dan selamat berpuasa kawan dan sahabat.

Bila bulan puasa, syaitan akan diikat. Tapi jangan lupa, syaitan bertopengkan manusia tidak diikat dan lebih bermaharajalela.

Mana tak bermaharajela, masa ni la orang berpusu pusu nak cari barang untuk buat raya. Nak pergi shopping malas, puasa. Jem lagi. Haus lagi. Jadi internet la tempat paling mudah untuk menyelesaikan masalah ini.

Tapi perlu diingat, di internet ini la syaitan syaitan ini berkumpul dan membuat kerja. Jadi atas sebab itu, saya sertakan beberapa tips yang saya kumpul dari rakan rakan untuk mengenalpasti syaitan syaitan ini supaya anda tidak terjebak ke lembah kerugian dan penyesalan.

Klik sini untuk bacaan penuh.

Monday 30 May 2016

LELAKI INI BERKONGSI CARA DAPATKAN HOTEL LAST MINIT DENGAN HARGA MURAH

Pagi ini saya terbaca tulisan ini di website Oh Media.

Dan saya mencubanya dan rasa berbaloi!

(UPDATE 30 MEI 2016)
Selepas download tempoh hari, saya baru guna hari ini.

Memang murah!

Saya dapat harga hotel Tune Hotels di KB dgn harga hanya RM62, sedang harga paling murah di Trivago pun RM100 lebih.

Utk penggunaan seterusnya, saya boleh dpt free!

Jadi saya kongsikan kembali utk panduan rakan-rakan FB saya :)

---
Berikut tulisan penuh dari website tersebut:-

Ketika bercuti, aspek penginapan antara perkara pertama yang difikirkan. Kini, Online Travel Agency (OTA) atau Hotel Booking Online (HBO) seperti Booking.com dan Agoda selalu jadi pilihan untuk membuat tempahan hotel.

Hakikatnya, bukan dua OTA itu sahaja yang anda boleh guna. Seorang pelayar Facebook, Mohd Atif yang gemar melancong berkongsi rahsia bagaimana dia kerap mendapat bilik penginapan hotel pada kadar yang murah. Bilik percuma untuk hotel 5 bintang pun ada. Jom kita baca perkongsian daripada beliau.
Apps 'Hotel Quickly' Jadikan Percutian Anda Jimat Dan Mudah
Sejak mengembara ke beberapa tempat selama beberapa tahun yang lalu, saya dikenalkan dengan satu aplikasi bernama 'Hotel Quickly' oleh seorang teman rapat. Dari situlah
permulaan saya sebagai 'hotel reviewer.'

Banyak penginapan saya book melalui aplikasi tersebut dan harga yang saya dapat amat memeranjatkan. Bayangkan, saya cuma membayar RM5 untuk menginap di hotel 4 bintang di Kuala lumpur. Saya juga pernah dapat harga RM30 untuk hotel 4 bintang dan RM80 untuk hotel bertaraf 5 bintang. Saya ada bukti menunjukkan foto-foto hotel yang saya dapat pada harga tersebut.

Bagi saya, berapa bintang tak kisah yang penting harga murah, hotel bersih dan selesa. Bagaimana nak dapatkan harga-harga hotel di Asia macam tu? Anda ikut langkah-langkah di bawah:

1. Muat turun aplikasi HOTEL QUICKLY pada telefon bimbit anda samada melalui Apple Store atau Google Play Store. Boleh juga klik link http://bit.ly/1ReECOn

2. Daftar akaun secara percuma guna akaun Facebook anda.

3. Selepas berjaya daftar, klik ikon 'TIGA LINE BERINGKAT' pada sebelah kiri atas skrin telefon anda.

4. Pergi ke KREDIT dan klik REDEEM VOUCHER.

5. Masukkan kod promosi "AMATX" dan klik REDEEM VOUCHER (hanya boleh ditebus dalam masa 24 jam selepas anda download aplikasi Hotel Quickly. Jadi, cepat-cepat redeem code ini walaupun anda belum set date untuk stay di hotel yang anda pilih selepas download. Jika tidak, rugi voucher RM40.

6. Selepas klik, anda akan dapat kredit percuma bernilai RM40.

7. Dari situ, anda akan dapat lihat harga-harga hotel selepas ditolak dengan diskaun voucher RM40.

8. Pastikan langkah-langkah di atas anda ikuti dengan betul untuk dapat voucher credit.

Walaupun anda tak tetapkan tarikh perjalanan lagi, nilai RM40 boleh terus redeem kerana nanti bila anda benar-benar nak book bilik, anda boleh pilih berapa banyak nak tolak daripada nilai RM40 tadi.

Camana nak dapat harga bilik super murah, bukan setakat voucher RM40?

Untuk dapat seperti saya pernah dapat satu bilik hotel 4
bintang pada RM5 itu, kena buat kerja sikit. Tapi mudah sahaja iaitu dengan sistem point collection.

Share KOD PROMOSI yang Hotel Quickly beri kepada anda itu kepada rakan-rakan, ahli keluarga atau saudara-mara anda apabila mereka menginap di hotel serata Asia (termasuk Australia). Apabila anda share kredit RM40 yang anda dapat pada awalnya tadi kepada seorang rakan contohnya, anda akan dapat pulangan RM5 apabila mereka tekan butang REDEEM dan RM40 jika mereka terus tempah hotel dengan kredit anda.

Jadi, bayangkan anda plan nak duduk hotel pada harga RM150. Sementara DUA kawan anda dah tempah hotel guna Promo Code anda. Maknanya, anda akan dapat kredit RM80 (RM40 X2). So, hotel yang anda nak stay tadi harganya sudah jadi (150-80) bersamaan RM70 sahaja.

Lebih daripada separuh harga diskaun yang anda dapat daripada apa yang orang lain bayar. Itu kalau hotel harga 150. Kalau harga 100, anda cuma bayar RM20 sahaja untuk satu malam!
Peringatan!

Perlu diingatkan, aplikasi ini untuk anda yang suka book hotel pada saat akhir. Itu fasal boleh dapat harga yang 'menggila murah' seperti itu. Pasti ada yang tanya, kalau hotel di luar negara macam mana? Takkan nak tunggu 7 hari sebelum tiba baru nak buat tempahan saat akhir? Buatnya habis bilik?

Mengikut cara Mohamad Atif, ada jalan yang mudah. Buat back up plan dengan tempah bilik yang sama di Agoda atau Booking.com dengan memilih syarat "Tempahan Boleh Dibatalkan Sebelum Ketibaan Tanpa Sebarang Caj." jadi, apabila anda berjaya dapat harga murah dengan Hotel Quickly pada saat akhir, anda boleh batalkan tempahan di dua laman yang dinyatakan sebelumnya dan kekal dengan Hotel Quickly.

Mudah kan?

Kredit: Mohamad Atif

Tuesday 5 January 2016

13 Tindakan Mudah Jika Anda Dipatuk Ular Yang Mampu Menyelamatkan Hidup Anda.


Apakah yang anda harus lakukan jika dipatuk/digigit ular atau apabila anda syak anda dipatuk ular?
1. Pertama sekali anda mestilah bertenang. Jangan panik! Pastikan anda menjauhi ular tersebut dan cari tempat yang selamat. JANGAN PANIK! Hanya 18 dari 140 spesies ular Malaysia yang berbisa! Dan jika pun anda dipatuk oleh ular yang berbisa tidak semestinya ia menyebabkan kematian kerana majoriti dari gigitan ular adalah 'dry bites'.
2. Pada masa yang sama, cuba cam kan rupa, ciri2 dan warna ular tersebut bagi tujuan pengesahan spesies di hospital nanti. Di era moden ini, sila ambil gambar ular tersebut dgn smart phone (jenama mesin basuh pun boleh, tak semestinya iPhone wink emoticon


3. Jangan mengikut adegan dalam cerita Hindi atau Tamil dengan memotong atau menghisap tempat gigitan ular tersebut! Ia sama sekali tidak membantu malah boleh menyebabkan kecederaan tisu menjadi lebih teruk! Juga boleh menyebabkan bisa ular merebak dgn lebih cepat di dalam tubuh pesakit akibat dikolom ganas oleh anda wink emoticon. Bisa ular di dalam badan mangsa akan segera merebak ke dalam saluran limfa dan adalah mustahil utk manusia menyedutnya semula.
4. Dapatkan bantuan segera. Anda boleh membuat panggilan kecemasan ke talian 999 untuk tujuan ini. Jika anda mempunyai rakan atau saudara dan tidak mahu menunggu, segera pergi ke hospital terdekat dengan anda.
5. Kurangkan pergerakkan pada anggota yg dipatuk ular. Memasang anduh atau splint utk mengurangkan pergerakkan adalah amat membantu.
6. Jangan ikat atau pasang torniquet pada anggota badan yg dipatuk ular! Ia tidak membantu merencatkan penyebaran bisa ular. Malah ia menambahkan kesakitan dan jika dibiarkan terlalu lama boleh merosakkan anggota yg terlibat akibat sekatan bekalan darah!
7. Kurangkan pergerakkan mangsa seminima yg boleh. Kekal bertenang sepanjang masa. Ini adalah penting kerana degupan jantung yg laju dan pergerakkan badan yg keterlaluan akan menyebabkan merebaknya bisa lebih pantas dan mungkin menyebabkan ganguan sistemik. Atas sebab ini juga elakkan pesakit terdedah kepada agen2 yg boleh mempercepatkan degupan jantung seperti minum kopi, minuman beralkohol dan rokok.
8. Cuci luka patukan ular itu dengan air yang bersih tanpa menyental atau menggosok2 lukanya. Juga, anggota yg dipatuk ular berkemungkinan akan bengkak akibat bisa ular tersebut. Oleh itu tanggalkan cincin, jam tangan, gelang dll yang mungkin akan tersangkut kelak akibat bengkak yg keterlaluan. Ini juga akan mengganggu pengaliran darah.
9. Jika ular sudah dibunuh, boleh bawa bangkai ular tersebut ke hospital bagi tujuan pengecaman spesies. Ini adalah penting bagi memastikan anti-venom yg tepat dapat diberikan seandainya perlu.
Harus diingat, berhati2 menguruskan bangkai ular tersebut. Walau ia telah mati, kita masih boleh terdedah kepada bisanya seandainya jari kita tertusuk pada taring ular tersebut.
10. Rawatan lanjut akan diberi oleh Pakar Perubatan Kecemasan di Hospital anda.
11. Tidak semestinya setiap gigitan ular memerlukan ubat Antivenom!
DIGIGIT ULAR TIDAK BERMAKNA WAJIB MENERIMA ANTIVENOM!!!
12. Antivenom perlu diberikan hanya pada kes2 yg memenuhi kriteria ketat envenomasi (systemic atau severe local). Ini adalah kerana antivenom itu sendiri mempunyai risiko komplikasi dan kesan sampingan terhadap pesakit dan tidak boleh diberikan sebarangan.
13. Keputusan memberikan ubat antivenom ini hanya akan dilakukan oleh Pakar Perubatan Kecemasan setelah dinilai dengan teliti berdasarkan ilmu dan pengalaman mereka bagi mengurangkan risiko seminima mungkin buat mangsa gigitan ular.
1. Cuba utk sentiasa bertenang jika digigit ular.
2. Kurangkan pergerakkan seminima mungkin. Pasang anduh jika perlu.
3. Dapatkan bantuan segera utk ke hospital. HUBUNGI 999 tanpa segan silu.
4. Sila cam kan rupa ular bagi tujuan pengesahan spesies di hospital untuk memudahkan strategi rawatan. Setiap jabatan kecemasan akan mempunyai album dengan galeri gambar ular bagi memudahkan pesakit mengecam jenis ular yg menggigit mereka.
5. Kaedah merawat gigitan ular memang mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Pemerhatian utk kesan envenomasi secara teliti adalah amat mustahak. Jika anda menunggu lama dan mahukan penjelasan sila bertanya kepada doktor atau kakitangan yg bertugas.
p/s:
APA YANG ANDA JANGAN LAKUKAN:
Tolong jangan berselfie ketika mengambil gambar ular tersebut.
Sumber :
Dr Abdul Rahman Abdul Kadir
Pakar Perubatan Kecemasan
------------------------------
Bagi Penolong Pegawai Perubatan (PPP) yang bertugas sebagai "first responder" dan merespon kes "snake bite" ilmu mengenai perkara ini amatlah perlu kerana ia nya bukan sahaja untuk keselamatan mangsa malah untuk keselamatan diri sendiri. Apa yang perlu di lakukan ialah, perlu balik kepada "algorithm" menyelamat DRABCD di mana PPP perlu pastikan kawasan persekitaran tersebut selamat dan pastikan pesakit bernafas dan mempunyai denyutan nadi. Jangan sesekali "torniquet" (mengikat) anggota yang terkena dan jika orang awam sudah "torniquet" jangan buka sehingga sampai ke Jabatan Kecemasan & Trauma. Tambahan lagi, sebarang bentuk IM injection termasuk "pain killer" merupakan kontraindikasi bagi perkara ini kecuali atas pertimbangan Pakar dan Pegawai Perubatan Kecemasan.
-HBR-


5 Rahsia Kajol Kekal Menawan.

Jikalau anda sudah menonton filem Dilwale, sudah pasti anda terkesima dengan wajah Kajol yang begitu menawan, bagaikan tidak dimamah usia. Berikut kami berikan untuk panduan wanita diluar sana untuk kekal menawan seperti Kajol...ouch..

1. Kajol mengamalkan senaman setiap pagi di gimnasium rumahnya bagi memperbaiki stamina dan mengekalkan berat ideal dengan bentuk tubuhnya.

2. Menitik beratkan pola pemakanan dan tidak menyentuh makanan segera atau menu yang tidak menyihatkan. Pengambilan makanan berkhasiat penting membekalakan tenaga berpanjangan kepada tubuh badan.

3. Kajol mengutamakan ikan, telur, kekacang, ayam dan susus dalam diet sehariannya.

4. Sentiasa memastikan badannya mendapat air yang cukup dan mengambil buah-buahan, sayuran dan minuman berkhasiat bagi mengelakkan lapar.

5. Jangan baca jer...kena amalkan...setakat baca saja tidak menjadikan anda kekal menawan seperti Kajol...ermmmm