Thursday 31 December 2015

5 Perkara Pokok Yang Boleh Rakyat Malaysia Pelajari Sepanjang Cerita Ip Man 3.

Siapa yang dah tengok IP MAN 3. Puas hati, tak?

Bagi penulis, IP MAN 3 hanya sekadar hiburan. Ianya hanyalah kisah pengakhiran dan kisah pelengkap di mana episod yang hanya menyajikan ke mana arah tuju hidup sifu Ip Man ini.

Ianya berbeza. Episod perjuangan wing chun atau kenegeraan kurang dikupas dan diketengahkan sangat. Ianya lebih kepada kekeluargaan Ip Man dan cabaran terbaru dalam hidupnya. Cuba untuk mencari kestabilan keluarga di samping Wing Chun hanyalah alatan dunia yang tidak boleh di bandingkan dengan komitmen serta kekuatan institusi kekeluargaan.

Sisi pengorbanan Ip Man untuk isteri yang hanya 6 bulan sahaja untuk hidup kerana kanser, dan bagaimana sisa-sisa kasih sayang Ip Man buat anaknya. Pergaduhan serta sinematografi yang lebih kurang sama dan babak pergaduhan yang boleh dijangka. Kemunculan watak Wing Chun  yang lain dan menjadi pesaing Ip Man sekadar untuk melengkapkan lagi jalan cerita dan gimik yang tak puas ditunjukkan dalam babak menentang 'mike tyson'. Cukup 3 minit. Seri adalah jalan untuk tidak menghancurkan nama Mike Tyson serbagai peninju terkenal.

'Takkan nak kalah dengan Wing Chun kot?'

Ada 5 benda yang boleh dikutip sepanjang cerita Ip Man kali ini.

1. Pentingnya ILMU. Ip Man dan anak murid sanggup berjaga di sekolah untuk menghindarkan dari diganggu oleh samseng taik kucing. Orang-orang tua di sana sanggup berdepan dengan risiko dengan menghantar anak ke sekolah demi Ilmu. Ip Man sanggup belajar tarian dengan Bruce Lee sebelum menukar ilmu Win Chun kepada beliau (walau pun tidak ditunjukkan, namun sejarah tetap begitu)

2. Wing Chun sekadar alat pertahankan diri. Keluarga lebih utama. Ip Man bertarung juga dengan pesaingnya setelah menolak untuk hadir ke dewan pertarungan demi isteri yang tercinta. Isterinya yang mengaturkan pertarungan kali kedua dan menyaksikan keunggulan Wing Chun Ip Man sekaligus Ip Man sempat menyatakan tidak 'ada yang lebih penting dari bersama yang tersayang'.

3. Tidak berputus asa. Bruce Lee tidak berputus asa untuk berguru dengan Ip Man walaupun pernah ditolak sejak awal muda. Ip Man tidak pernah berputus asa untuk berkongsikan ilmu kepada anak muridnya. Pesaing Wing Chun (tak ingat nama) tidak berputus asa menyara keluarga (dengan seorang anak muridnya yang dia jaga) walaupun hanya membawa beca. Pengetua sekolah sanggup membuka sekolah walaupu diugut dan pelbagai ancaman yang diterima.

4.  Membantu semampunya dan seikhlas yang mungkin. Ip Man dan anak muridnya sanggup berjaga siang dan malam untuk kesejahteraan pekan yang bukan miliknya dan bukan tugas hakikinya. Beliau menggantikan 'polis' yang sedia ada demi sebuah keamanan.

5. Berfikiran positif, tidak melatah dan tenang dalam membuat keputusan. Watak Ip Man yang tak lekang dari ukiran senyuman, sentiasa berlapang dada dengan karenah isteri dan anak, tidak sanggup untuk mencederakan sesiapa dan mampu menghadapi situasi (i) anak yang diculik (ii) isteri yang di ambang maut.

Ini yang aku dapat. Kawan-kawan dah menonton Ip Man 3?

1 comment:

  1. Casino, Golf, Poker, Table Games - MapYRO
    Casino, Golf, Poker, Table 청주 출장마사지 Games 제주 출장안마 - MapYRO. Browse 남양주 출장샵 2911 Casino, 파주 출장샵 Golf, Poker, 파주 출장안마 Table Games - MapYRO's complete directory of MapYRO

    ReplyDelete