Thursday 24 December 2015

Pendapat Peribadi Filem The Hunger Games. Jangah Marahkan Kami

I THE HUNGER GAMES I

Ini adalah pendapat peribadi seorang aktivis mahasiswa yang aktif dalam gerakerja kemasyarakan. Beliau boleh dihubungi melalui laman sosialnya disini. Mari kita ikuti komen beliau.

Baiklah, ini adalah komen peribadi mengenai sekuel terakhir filem The Hunger Games : Mockingjay episode 2 selepas menontonnya beberapa minggu lalu.

Selepas mengikuti 3 siri pertama sekuel ini, saya berikan 3 bintang kepada filem ini.

Sekuel terakhir The Hunger Games ini bagi saya agak membosankan serta tiada kejutan yang besar, kecuali apabila Katniss memutuskan untuk membunuh ketua pemberontak, Alma Coin berbanding Presiden Snow. Namun babak ini sudah mampu dibaca apabila Katniss merasa "keliru" selepas berbual dengan Presiden Snow di bilik tahanannya.

Namun begitu, filem ini mempunyai beberapa elemen yang menyentuh mengenai strategi politik, yang juga merupakan satu kesinambungan yang kita dapat lihat dari siri Mockingjay 1.

Filem terakhir ini lebih banyak menyentuh mengenai konflik politik dan perebutan kuasa serta sarat dengan mesej yang mampu (sepatutnyalah) membuatkan penonton berfikir dengan lebih kritikal terhadap realiti politik dan perbalahan kuasa pada hari ini.

Akhirnya bagi saya, siri pertama The Hunger Games ini lebih menarik untuk ditonton jika saya seorang yang sukakan aksi survival dan pertarungan senjata. Namun sekiranya saya seorang yang berotak politik, maka saya akan menonton kedua-dua siri Mockingjay untuk mengambil manfaat strategi dan kemahiran menyusun plot saya.

No comments:

Post a Comment