Tuesday 22 December 2015

LPT 3. Berita baik untuk seluruh rakyat Kelantan dan Terengganu.




Projek sambungan kepada Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) E8 itu bakal dimulakan dari penamat LPT2 E8 di Exit 865 Persimpangan Kuala Terengganu dan berakhir di Tumpat. Jarak yang dianggarkan adalah sepanjang 124 km. Setelah ia siap kelak, Lebuhraya Pantai Timur E8 akan menjadi satu laluan lebuh raya ekspres terpanjang di Malaysia, dengan panjang keseluruhan dianggarkan lebih kurang 570 km (setelah ditolak jarak dari Plaza Tol Gombak ke pusat bandar raya Kuala Lumpur sejauh 19 km, yang tidak lagi melalui E8). Ia sekaligus akan mengalahkan pemegang rekod terdahulu iaitu Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara E1 sepanjang 460 km. Kos keseluruhan bagi pembinaan LPT3 E8 ini dianggarkan sejumlah RM2.4 bilion, yang mana kerajaan negeri Terengganu akan mendahulukan wang mereka sebanyak RM1.8 bilion sebelum menuntutnya semula daripada kerajaan persekutuan untuk membolehkan jajaran di Terengganu dimulakan segera.

Senarai persimpangan bertingkat di sepanjang LPT3 E8 adalah seperti berikut:-

  1. Persimpangan Permaisuri - ke Bandar Permaisuri, Penarik dan jeti ke Pulau Redang melalui Jalan Negeri Terengganu T1
  2. Persimpangan Jertih - ke Jertih, Kampung Raja dan Besut melalui Jalan Persekutuan 84
  3. Persimpangan Machang (aka Persimpangan Pasir Puteh) - ke Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah dan Jeli melalui Jalan Persekutuan 3 dan 4
  4. Persimpangan Ketereh - ke Ketereh, Kok Lanas, Pulai Chondong dan Melor melalui Jalan Negeri Kelantan D14 ataupun Jalan Persekutuan 8
  5. Persimpangan Kota Bharu - ke Pasir Mas, Kota Bharu dan Wakaf Bharu melalui Jalan Persekutuan 3
  6. Persimpangan Tumpat (aka Persimpangan Pengkalan Kubor) - ke Tumpat dan Pengkalan Kubor melalui Jalan Persekutuan 134

Setelah melepasi Persimpangan Tumpat, LPT3 akan melalui plaza tol terakhir di Pengkalan Kubor dan kompleks imigresen dan kuarantin baharu di sana sebelum melintasi Sungai Golok untuk ke Tak Bai, Thailand melalui Jalan Kebangsaan Thailand 4084. Jenis lintasan pula masih belum dimuktamadkan sama ada melalui jambatan ataupun terowong, berikutan terdapat khabar angin yang mengatakan Thailand akan membina terowong melintasi Sungai Golok untuk ke Pengkalan Kubor. Walau apa pun jenis lintasan yang dipilih, ia mungkin akan menyebabkan tamatnya perkhidmatan feri sungai di Pengkalan Kubor yang dikendalikan oleh JKR Kelantan.

No comments:

Post a Comment